Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Malaysia beri idea, input berkesan dalam UNSC

Ramlan Ibrahim.
Ramlan Ibrahim.

KOTA KINABALU – Wakil Tetap Malaysia ke Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) di New York, Amerika Syarikat, yang baharu dilantik, Datuk Ramlan Ibrahim, yakin Malaysia mempunyai peranan penting dalam majlis keselamatan itu.

Menurutnya, kerajaan Malaysia telah menyalurkan idea-idea dan input mengenai pandangan negara ini berkaitan isu dan situasi keselamatan di peringkat global, diterima baik oleh UNSC.

“Selaku ahli UNSC, kita sedang mencari jalan untuk mengetengahkan pelaksanaan agenda keselamatan dan cara kesederhanaan di peringkat antarabangsa. Ini adalah perkara-perkara yang menentukan hala tuju kita dalam UNSC,” katanya kepada SayangSabah.

Terdahulu, beliau menerima sijil Petunjuk Prestasi Utama (KPI) dan watikah pelantikan selaku Wakil Tetap Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York, Amerika Syarikat yang disampaikan oleh Menteri Luar Negara, Datuk Seri Anifah Aman di sini hari ini.

Sebelum ini, Ramlan pernah bertugas di beberapa negara termasuk di Jakarta dan dilantik selaku Duta Besar Malaysia ke Korea Selatan pada 2009 hingga 2013 sebelum kembali bertugas di Kementerian Luar Negara dan ke PBB. – oleh Sitti Nor Azizah Talata / SayangSabah

 

Komen


Berita Berkaitan