Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,642

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Malaysia bakal bekerjasama bersama SIA

6:29pm 11/02/2016 Elezebeth Esther Onjining 26 views Tempatan
Nazri (kiri) menerima cendera kenangan daripada Masidi (kanan). Foto oleh Jimmy Tan/ SayangSabah

Nazri (kiri) menerima cendera kenangan daripada Masidi (kanan). Foto oleh Jimmy Tan/ SayangSabah

KOTA KINABALU- Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan (KPK) Malaysia bakal mengadakan promosi bersama Singapore International Airlines (SIA) dalam meningkatkan kedatangan pelancong asing ke dalam negeri ini.

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia, Dato Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata Sabah merupakan destinasi pelancongan yang terkenal dalam kalangan pelancong dari negara- negara Eropah termasuk Spanyol, Portugis dan Itali.

“Kita semua tahu bahawa penerbangan SIA ini boleh didapati di mana-mana di seluruh dunia.

“Ini juga merupakan salah satu tindakan kita bagi meningkatkan bilangan pelancong ke negeri Sabah dan juga negeri- negeri lain”, ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika dalam satu sidang media sempena Program ‘Engagement Session’ Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Bersama Penggiat Industri Pelancongan Negeri Sabah anjuran Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan (KPK) Malaysia, di Hotel Pasific Sutera, disini, hari ini.

Menurut beliau lagi, terdapat beberapa projek pembangunan pelancongan di Sabah dalam Rancangan Malaysia ke-11 di bawah First Rolling Plan (RP-1).

Diantaranya projek peningkatan kemudahan pelancongan di Rezab Hidupan Liar Tabin, Lahad Datu, peningkatan kemudahan pelancongan di Burlington Taman Kinabalu, Ranau, pembinaan sistem saliran air dan pembinaan loji/kumbahan najis, Gunung Kinabalu,Taman Kinabalu dan projek infrastruktur Edu-Tourism di Pusat Pemuliharaan Gajah Pgymy, Hilir Kinabatangan.

Hadir sama, Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun, Timbalan Ketua Setiausaha (Kebudayaan), Datuk Ab Ghaffar A Tambi, Timbalan Ketua Setiausaha (Pelancongan), Datuk Rashidi Hasbullah dan Pengarah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia Negeri Sabah, Awang Ahamad Zaki Abu Bakar. -Oleh Elezebeth Esther/SayangSabah

Nazri bersama Masidi mengambil gambar kenangan bersama para pemain industri pelancongan. Foto oleh Jimmy Tan/SayangSabah

Nazri bersama Masidi mengambil gambar kenangan bersama para pemain industri pelancongan. Foto oleh Jimmy Tan/SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan