Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,645

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Malang tidak berbau

10:30am 11/07/2016 Pak Roshan 773 views Global
KEADAAN mayat mangsa yang ditemui dengan kepala tersangkut di pagar penghadang jalan.

KEADAAN mayat mangsa yang ditemui dengan kepala tersangkut di pagar penghadang jalan.

Xi’an, China: Seorang penunggang motosikal maut apabila lehernya tersangkut di pagar penghadang jalan selepas terjatuh dari kenderaannya, di sini, baru-baru ini.

Jurucakap polis berkata, mangsa ditemui dengan kepala tersangkut di pagar berkenaan oleh orang ramai yang melalui jalan itu.

Gambar yang dimuat naik di laman sosial China menunjukkan leher lelaki itu tersangkut pada celah pagar seluas 10 sentimeter.

Polis percaya, mangsa terjatuh dari motosikalnya sebelum kepalanya tersangkut di celah pagar yang dipasang di tengah jalan raya.

“Kejadian dipercayai berlaku pada awal pagi ketika keadaan gelap kerana tiada saksi yang melihat kemalangan itu,” kata polis. – Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan