Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,706

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Malang di pentas

10:10am 11/12/2015 Pak Roshan 333 views Global
SELUAR Cicak terlondeh sebelum dia sempat menyambut anugerah daripada Presiden Croatia di Zagreb, semalam.

SELUAR Cicak terlondeh sebelum dia sempat menyambut anugerah daripada Presiden Croatia di Zagreb, semalam.

Zagreb: Seorang aktivis hak asasi manusia Croatia malu besar apabila seluarnya terlondeh ketika dia menerima anugerah berprestij daripada presiden negara itu.

Ivan Zvonimir Cicak menyambut sijil pengiktirafan itu daripada Presiden Kolinda Grabar-Kitarovic apabila seluarnya terlondeh tiba-tiba.

Gambar yang dirakam menunjukkan Cicak, Ketua Jawatankuasa Hak Asasi Manusia Croatia merah padam ketika seluarnya terlondeh hingga ke buku lali.

Dia bagaimanapun dengan selamba menariknya semula dan meneruskan acara itu.

Dia bernasib baik kerana Kolinda memegang anugerah berkenaan, menghalang orang lain melihat seluar dalam Cicak.- Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan