Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Malang balik kenduri kahwin

kemalangan

Jasin: Sebuah keluarga dalam perjalanan pulang dari kenduri kahwin menempuh nasib malang apabila kereta mereka dirempuh sebuah lori tanah dari arah bertentangan yang terbabas dan memasuki laluannya di Jalan Jasin-Bemban, Jasin di sini, petang semalam.

Dalam kejadian 4.50 petang itu, mangsa Idris Hussein, 56, mati di tempat kejadian manakala isteri Nuralizah Mohd Ali, 52, serta anak Mohd Fahmee, 14, dan Mohd Faez, 11, masing-masing cedera cedera di kepala dan patah kaki kanan.

Mangsa dikatakan dari arah pekan Jasin selepas menghadiri majlis perkahwinan saudara mereka di Segamat, Johor dan dalam perjalanan pulang ke rumah di Kampung Air Molek, Melaka sebelum terbabit kemalangan.

Ketua Polis Daerah Jasin Deputi Superintendan Muhd Nur Hishamuddin Hashim berkata, kemalangan dipercayai berlaku selepas sebuah lori lima tan dipandu seorang lelaki berusia awal 40-an dari arah Bemban dipercayai terbabas ke laluan bertentangan sebelum merempuh kereta mangsa.

“Idris yang parah di kepala mati di tempat kejadian dan jenazahnya dihantar ke Bilik Mayat Hospital Jasin untuk bedah siasat,” katanya.

Komen


Berita Berkaitan