Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Malam amal MPMS sasar kutipan RM300,000

Tun Juhar (dua dari kanan) menerima cenderakenangan daripada Pengerusi Jawatankuasa Tertinggi Masjid Bandaraya, Datuk  Abdul Jamal Tun Sakaran (dua dari kiri) yang turut melakukan kunjungan hormat. - foto Jabatan Penerangan
Tun Juhar (dua dari kanan) menerima cenderakenangan daripada Pengerusi Jawatankuasa Tertinggi Masjid Bandaraya, Datuk Abdul Jamal Tun Sakaran (dua dari kiri) yang turut melakukan kunjungan hormat. – foto Jabatan Penerangan

KOTA KINABALU – Majlis Perkhidmatan Masyarakat Sabah (MPMS) meletakkan sasaran untuk meraih sejumlah RM300,000 bagi kutipan amal penganjuran Majlis Malam Gala `Together We Can Make A Difference’ pada 13 Februari ini.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Datuk Jainab Ahmad Ayid berkata, penganjuran majlis itu yang turut meraihkan ulang tahun ke-60, bertujuan mengumpul dana bagi mengisi tabung MPMS.

“MPMS adalah sebuah agensi kerajaan di bawah kementerian ini dan 26 buah organisasi sukarela kebajikan bernaung di bawahnya. Setiap tahun, MPMS memberi peruntukan kepada badan Kebajikan ini untuk menjalankan pelbagai program sukarela kepada golongan kurang bernasib baik.

“Kutipan hasil jualan meja disalurkan bagi membiayai program-program kebajikan dan sukarela,” katanya selepas mengadakan kunjungan hormat ke atas Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin di Istana Negeri, Kota Kinabalu, di sini hari ni.

Jainab berkata, pada majlis itu nanti, beberapa anugerah akan disampaikan termasuklah Anugerah Sukarelawan Kebajikan 2014 dan Anugerah Sukarelawan Kebajikan Muda 2014. – SayangSabah

 

Komen


Berita Berkaitan