Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,652

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Maktab Sabah anjur Seminar Keibubapaan 2016

3:12pm 23/01/2016 Elezebeth Esther Onjining 45 views Pendidikan,Tempatan
Noni (lima dari kiri), Nuinda (empat dari kiri) dan Nixon (tiga dari kiri) bergambar bersama para ibu bapa, pelajar dan guru-guru setelah selesai majlis penutupan seminar keibubapaan peringkat maktab sabah. Foto oleh Alex Mairin/ SayangSabah

Noni (lima dari kiri), Nuinda (empat dari kiri) dan Nixon (tiga dari kiri) bergambar bersama para ibu bapa, pelajar dan guru-guru setelah selesai majlis penutupan seminar keibubapaan peringkat maktab sabah. Foto oleh Alex Mairin/ SayangSabah

KOTA KINABALU- Maktab Sabah melalui Unit Perkhidmatan Bimbingan & Kaunseling dengan kerjasama Biro Pendidikan PIBG Maktab Sabah telah mengelolakan satu seminar keibubapaan, disini, hari ini.

Seminar tersebut bertujuan untuk memotivasikan para ibu bapa agar terus memainkan peranan dan tanggunjawab dalam mencari pendekatan atau kaedah untuk kecemerlangan anak-anak mereka disamping membantu kecemerlangan ibu-bapa dalam mendidik anak-anak mereka.
Menurut Ahli Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah, Datuk Noni J. Said, pendidikan merupakan hal penting dalam kehidupan masyarakat setempat. Pendidikan ialah suatu proses kehidupan dalam mengembangkan diri setiap individu agar dapat melansungkan kehidupan mereka.
“Para pelajar sepanjang masa perlu memberikan perhatian terhadap apa jua yang mereka lakukan. Selain itu, mereka juga perlu ada sasaran yang tinggi terutamanya dalam aspek pendidikan mereka”, kata Noni.
Selain itu, seminar tersebut yang bertemakan ‘Anak Warisan Bangsa’ juga dapat memberi peluang kepada semua ibubapa murid berkongsi idea dan pandangan dalam mencemerlangkan pencapaian akademik anak-anak mereka.
Noni yang merupakan mantan pelajar di Maktab Sabah turut berkata bawah setiap pelajar perlu menitik beratkan penggunaan Bahasa Inggeris dalam kehidupan mereka.
Tegas Noni, para murid yang mempelajari Bahasa Inggeris tidak bermakna mereka akan melupakan penggunaan bahasa ibunda iaitu Bahasa Malaysia.
Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Pengetua Maktab Sabah, Hajah Nuinda Hj Alias dan Naib Yang Dipertua PIBG Maktab Sabah, Nixon Abdul Hadi. – Oleh Elezebeth Esther/ SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan