Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Maksud Tersirat Di Sebalik Pensel Dan Pemadam

Gambar Hiasan

 

Terdengar perkongsian menarik Ustaz Shahrizan Daud At-Turabi di radio IKIM dalam segmen Motivasi Pagi, tentang menjadi pensel dan pemadam.

Pada awalnya, saya tertanya-tanya apakah maksud tersirat yang ingin disampaikan oleh ustaz ini?

Tapi setelah mendengar sehingga ke penghujung, baharulah saya faham. Dan, di sini, saya rumuskan perkongsian ustaz.

Jadilah kita pensel, yang menulis kebahagiaan orang lain.

Setiap pagi, pasti kita akan menulis perancangan yang akan kita lakukan pada hari tersebut.

Lebih mudahnya “to-do-list”.

Kita tulis apa yang kita nak lakukan agar kehidupan kita hari tu berjalan dengan baik.

Jadi, selain kita menulis “to-do-list” kita, cubalah untuk kita menulis pula kebahagian untuk diri sendiri serta kebahagian orang lain.

Kita lakukan apa yang boleh untuk bahagiakan orang lain.

Sebagai contoh, kita senyum pada orang lain, pasti orang itu merasa seronok seterusnya tersenyum kembali kepada kita.

Kita bantu mereka yang memerlukan dengan menggunakan kudrat kita atau wang ringgit.

Kita usahakan berkata dengan perkataan yang baik-baik dalam perbualan harian kita.

Kita bahagiakan orang lain, insya-Allah, kita juga akan bahagia.

Dan, jadilah pemadam yang melepaskan kesengsaraan iaitu memaafkan dan memberi kemaafan.

Kita insan yang lemah, pasti kita akan rasa marah dan tercabar jika ada yang buat salah dengan kita.

Tetapi, cubalah kita mengawal amarah tersebut dan terus memaafkan kesalahannya.

Didiklah hati kita untuk sentiasa memberi kemaafan kepada orang lain walaupun kesalahannya besar, maafkanlah.

Dan seterusnya, kita memohon maaf kepada orang lain meskipun kita tidak berbuat salah apa-apa.

Berdoalah setiap hari kepada Allah, mohon agar dibukakan pintu hati mereka yang kita lakukan kesalahan itu untuk memaafkan kita dan memudahkan kita memaafkan orang lain.

Perkongsian ustaz dalam segmen Motivasi Pagi ini sangat bermanfaat.

Dua perkara sahaja tetapi terlalu indah buat diri kita sekiranya kita amalkan dalam kehidupan seharian.

Insya-Allah, kita akan sentiasa berada dalam kasih Allah.

Jadilah pensel yang menulis kebahagiaan orang lain.

Jika tidak mampu, jadilah pemadam yang melepaskan kesengsaraan iaitu dengan memaafkan dan memberi kemaafan.

(Sumber: iluvislam.com oleh Nur Amirah Ishak)

Komen


Berita Berkaitan