Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,652

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Makmal Ketamin Pertama di Malaysia Diserbu, Polis Rampas Dadah RM 16 Juta & Tahan ‘Chemist’

12:11pm 04/08/2016 Pak Roshan 722 views Jenayah,Mutakhir
Makmal yang diserbu

Makmal yang diserbu

KUALA LUMPUR 3 Ogos – Polis berjaya mematahkan operasi makmal dadah ketamin pertama di Malaysia yang dipercayai didalangi oleh Geng 36 selepas menyerbu sebuah kilang kitar semual di Ulu Tiram, Johor Bahru, Johor hari ini.

Dalam serbuan itu, Pasukan Khas Taktikal dan Perisikan Narkotik (String) Bukit Aman berjaya merampas 269 kg dadah jenis ketamin yang dianggarkan berjumlah RM16 juta.

Sumber Utusan Online berkata, dalam serbuan jam 5 pagi itu, seramai 23 individu berusia antara 30 – 50 tahun ditahan termasuk empat warga tempatan yang dipercayai ahli kumpulan Geng 36.

Sumber berkata lagi, 19 suspek yang lain adalah lelaki warga India yang didatangkan khas ke negara ini untuk memproses dadah dan ada juga antara mereka yang berperanan sebagai ‘ahli kimia’.

Kilang itu dipercayai mula beroperasi sejak awal tahun ini dan bahan-bahan kimia yang diperlukan untuk memproses dadah tersebut turut dibawa masuk dari India.

Dadah yang dirampas dipercayai untuk dipasarkan ke seluruh negara. Difahamkan, sindiket ini mula memproses dadah jenis ketamin ekoran harga dadah yang melambung tinggi selain sukar didapati di negara ini,” katanya.

Serbuan itu juga disahkan oleh Ketua Polis Negara, Khalid Abu Bakar yang turut mengucapkan tahniah atas kejayaan pasukan Sting itu.

Syabas STING @PDRMsia tangkap 23 orang termasuk ‘Chemist’ dari India dan bongkar makmal proses ketamin di Johor Bahru. Rampas 269 kilogram ke­tamin. #GoPDRMGo,” ujarnya Khalid di Twitter.

makmal2 makmal3

– Sumber :  Utusan Online

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan