Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Maklum kepada polis jika ingin pergi bercuti

images

KOTA KINABALU – Orang ramai yang merancang meninggalkan rumah untuk pergi bercuti sempena musim perayaan Hari Raya Aidilfitri ini, dinasihatkan agar memaklumkan kepada pihak berkuasa dengan mengisi borang di balai polis berhampiran.

Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Awang Sahari EM Nadzee, berkata, ia bertujuan bagi memudahkan polis membuat rondaan dan pemantauan di kawasan kediaman terutama bagi rumah yang dikenalpasti penghuninya sedang bercuti.

“Makluman daripada penghuni rumah dapat membantu mengelak berlakunya jenayah pecah rumah,” katanya ketika ditemui selepas majlis pelancaran Op Selamat Siri 7/2015, di sini pada Jumaat.

Sementara itu, beliau berkata, Op Selamat Siri 7 akan memberi tumpuan kepada tugas pemantauan dan rondaan di kawasan yang telah dikenalpasti banyak berlaku kejadian jenayah serta 30 lokasi yang sering berlaku kemalangan jalanraya.

“Pihak berkuasa akan meletakkan anggota di setiap lokasi tersebut untuk membuat pemantauan sepanjang operasi itu berlangsung selama 15 hari,” katanya lagi.

Seramai 49 pegawai dan 214 anggota polis dari seluruh jabatan kontinjen Sabah terlibat dalam operasi yang dijalankan secara bersepadu dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM).
– Oleh Nuzir Andi Samsiar / sayangsabah

Komen


Berita Berkaitan