Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Makkah bandar raya pintar

PEMANDANGAN di sekeliling Masjidil Haram.
PEMANDANGAN di sekeliling Masjidil Haram.

Makkah: Putera Khaled Al-Faisal yang juga penasihat Raja Abdullah mengenai dua masjid suci, semalam meluluskan beberapa rancangan dan projek menjadikan Makkah bandar raya pintar.

Projek itu, antara lain menyediakan perkhidmatan atas talian untuk rakyat dan pengunjung supaya mereka tidak lagi perlu datang ke pejabat kerajaan atau cawangan bagi mendapatkan perkhidmatan.

Ia termasuk portal ‘Tawasul’ yang menyediakan interaksi lancar antara penduduk dan pentadbiran serta ‘Mesin Khidmat Diri’ (SMS).

Lebih 18 lokasi dikenalpasti di seluruh Makkah bagi membolehkan perkhidmatan pintar disediakan, lapor agensi berita Saudi (SPA).

Emir Makkah turut meluluskan sistem ‘Interaksi Digital’ yang membolehkan orang ramai mengambil peluang menggunakan perkhidmatan SMS, Facebook dan Twitter daripada pihak pengurusan bandar.

Perkhidmatan itu antara projek masa depan yang diumumkan Khaled sebelum ini.

Menurutnya, semua bentuk teknologi canggih digunakan bagi menjadikan Makkah, dengan Masjidilharam sebagai titik fokalnya, menjadi lebih pintar daripada bandar raya pintar lain menjelang 2017. – Agensi/HMetro

Komen


Berita Berkaitan