Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,789

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Makanan bergoreng dicampur plastik

9:04am 08/02/2016 Pak Roshan 886 views Global
gambar hiasan

gambar hiasan

Jambi: Sebuah persatuan pengguna berkata, ia menemui campuran plastik dalam makanan bergoreng yang dijual di sekitar bandar raya ini.

Yayasan Lembaga Konsumen Indonesia (YLKI) cawangan Jambi berkata, makanan yang dicampur dengan bahan berbahaya itu termasuk tahu goreng, pisang goreng serta beberapa makanan bergoreng yang lain.

Ketua YLIKI Jambi, Ibnu Kholdun memberitahu wartawan, plastik itu dicampurkan kerana mahu dilihat lebih menarik.

Menurutnya, jika dimakan, makanan bergoreng yang dicampurkan dengan plastik tidak jauh berbeza dari segi rasa berbanding digoreng seperti biasa.

“Ia hanya boleh dilihat ketika makanan itu digoreng,” katanya.

Ketua Jabatan Perindustrian dan Perdagangan Jambi, Komari berkata, pihaknya akan menyiasat dakwaan itu, termasuk mengadakan pemeriksaan mengejut serta ujian makmal. – Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan