Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Makan uri anak

CURTIS menggoreng dan makan uri anak perempuannya. - DM
CURTIS menggoreng dan makan uri anak perempuannya. – DM

Sydney: Seorang ahli bina badan sanggup makan uri anak perempuannya yang disimpan seminggu selepas bayi itu lahir semata-mata percaya kandungan protein di dalamnya mampu meningkatkan otot badannya.

Aaron Curtis menyimpan uri bayinya itu selama seminggu di dalam peti sejuk sebelum digoreng dan dimakan dan merakam video dirinya memasak organ itu.

“Selepas anak sulung saya diahirkan, saya terfikir mahu makan organ yang membantunya hidup sepanjang kehamilan kerana menganggap ia mampu memberi kesan positif terhadap saya.

“Sebenarnya saya sendiri pun teragak-agak ketika mahu memakannya dan selepas menunggu seminggu, saya memutuskan eloklah membasuhnya bersih-bersih supaya tidak lagi berlendir. Harap-harap saya tidak mati,” katanya berseloroh.

Curtis berkata, dia cuma memasak sedikit daging itu kerana bimbang keracunan. Sebaik masak, dia dilihat mengunyahnya dan berkata, rasanya tidak ubah seperti hati lembu. – Agensi/HMetro

Komen


Berita Berkaitan