Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,642

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Makan tengah hari RM14 juta

10:56am 12/06/2016 Pak Roshan 22 views Global
BUFFETT

BUFFETT

Omaha (Nebraska, Amerika Syarikat): Untuk kali kedua, seorang pembida tidak dikenali bersetuju membayar lebih AS$3.4 juta (RM14 juta) untuk makan tengah hari bersama bilionair, Warren Buffett.

Wang hasil bidaan itu ialah untuk sebuah badan kebajikan yang menguruskan mereka yang tidak mempunyai tempat kediaman.

Bidaan bernilai AS$3,456,789 (RM14.1 juta) oleh pemenang Jumaat lalu sama dengan rekod tertinggi yang dicatat pada 2012 apabila seorang pembida membayar jumlah yang sama.

Lelongan selama seminggu itu ialah untuk mengumpul derma bagi Yayasan Glide bermula Ahad lalu dan ditamatkan malam kelmarin.

Menjelang tengah hari Jumaat, bidaan mencecah lebih AS$2.6 juta (RM11 juta), hampir AS$300,000 (RM1.2 juta) lebih tinggi daripada pembida yang menang tahun lalu.

Enam daripada lapan pemenang sebelum ini membayar lebih AS$2 juta (RM8 juta) untuk makan bersama Buffett, pelabur yang mengetuai syarikat konglomerat Berkshire Hathaway.

Pemenang bidaan biasanya makan tengah hari bersama Buffett di restoran steak Smith and Wollensky di New York.

Jika pemenang tidak mahu dikenali, acara itu diadakan di tempat lain.

Syarikat Buffett memiliki lebih 90 anak syarikat, termasuk insurans, perabot, laluan kereta api, barang kemas, restoran, serta mempunyai pelaburan besar dalam syarikat seperti Coca-Cola dan IBM. – AP/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan