Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,655

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Makan sambil beramal di Santinos Pizza sempena Ramadan

5:39pm 16/06/2016 Leolerry Lajius 117 views Perniagaan,Tempatan
Akbal (tengah) menunjukkan set hidangan sempena ramadan di Santinos Pizza.-Gambar Oleh Alex Mairin

Akbal (tengah) menunjukkan set hidangan sempena ramadan di Santinos Pizza.-Gambar Oleh Alex Mairin

KOTA KINABALU: Sempena dengan bulan ramadan Santinos Pizza Sabah tampil memperkenalkan dua set hidangan menu yang pastinya memberikan kepuasan kepada cita rasa pelanggan.

Bukan setakat memperkenalkan dua menu istimewa, Santinos Pizza juga turut mengalu-alukan pengunjung dengan membuat pembelian sambil beramal di mana RM1.00 dari setiap pembelian akan didermakan kepada anak yatim.

Set menu yang ditawarkan merupakan Ramadan Fiesta 1 iaitu set untuk dua orang yang terdiri daripada 1 set Cheezy Crust Pizza sederhana mengikut selera pelanggan, 2 pilihan sup iaitu sup cendawan atau sup ayam, 1 hidangan roti bawang putih, 2 kek Muffin Mocha, buah kurma berserta 2 gelas vanila strawberry dicampur dengan biji selasih dan daun pudina.

Set Ramadan Fiesta 1 ini boleh dinikmati oleh pengunjung dengan harga hanya RM45.00.

Pengunjung juga boleh menikmati kelazatan set Ramadan Fiesta 2 iaitu berupa set untuk 4 orang yang terdiri daripada 1 set besar Cheezy Crust Pizza, 4 mangkuk pilihan sup iaitu sup cendawan atau sup ayam, 1 hidangan roti bawang putih, 4 kek muffin mocha, buah kurma dan 1 jug vanila strawberry fizz dicampur dengan biji selasih berserta daun pudina.

Set Ramadan Fiesta 2 ini boleh dinikmati oleh pengunjung dengan harga hanya RM60.00.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Santinos Pizza Sabah Mohamed Akbal Bin Nasir Ahmad, Santinos Pizza turut menawarkan penghantaran pesanan ke rumah tanpa yuran penghantaran kecuali minuman sahaja yang berbeza iaitu dalam bentuk botol dan tin.

“Pelanggan juga amat dialu-alukan untuk menikmati hidangan Ramadan Fiesta kami di rangkaian restoran kami bagi merasai sendiri kelazatan minuman serta hidangan istimewa ini,”katanya.

Tawaran istimewa ini boleh di dapati di semua rangkaian Santinos Pizza Sabah iaitu Santinos Damai (088-253-737), Santinos Pavilion (088-725-525), Santinos Kingfisher (088-387-337), Santinos Tanjung Aru (088-211-185) dan Santinos Sandakan (089-202-037).

Santinos Pizza juga menawarkan kad diskaun untuk para pelanggan yang mengunjungi mana-mana rangkaian restoran untuk mendapatkan potongan harga sebanyak 10% untuk kunjungan seterusny. –Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan