Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,765

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Makan plastik untuk hidup

8:54am 24/11/2016 Pak Roshan 57 views Global
KEADAAN Tara selepas dibedah.

KEADAAN Tara selepas dibedah.

New Delhi: Sepasukan doktor yang menjalankan pembedahan terhadap seorang wanita tua yang menghidap sakit perut terkejut menemui plastik di dalam perutnya.

Wanita itu dikatakan menelan plastik berkenaan kerana tidak mampu membeli makanan.

Tara Devi, 52, yang bisu dan pekak dan berasal dari daerah Sirmau di Himachal Pradesh dibawa ke bilik kecemasan di sebuah hospital di Solan oleh penduduk tempatan yang menemuinya dalam keadaan tenat.

Selepas menjalankan beberapa pemeriksaan, termasuk X-ray, doktor mendapati satu gumpalan yang mereka sangka rambut di dalam perut wanita itu dan mencadangkan dia menjalani pembedahan segera untuk mengeluarkannya. – Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan