Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,644

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Makan kira sendiri

10:14am 13/07/2016 Pak Roshan 183 views Global
MENU yang mempamerkan soalan matematik rumit.

MENU yang mempamerkan soalan matematik rumit.

Beijing: Menu sebuah restoran di China menguji kepintaran pengunjungnya apabila memaksa mereka membuat kiraan sendiri kos hidangan diingini menggunakan formula matematik.

Restoran kecil di Beijing itu melaksanakan sistem harga yang memerlukan pelanggan menyelesaikan soalan matematik rumit – kebanyakannya membabitkan trigonometri untuk menghitung harga setiap hidangan ditawarkan.

Seorang pengunjung berkongsi gambar menu berkenaan di media sosial China, Sina Weibo yang kemudian menjadi viral.

Orang ramai yang berkongsi dan mengulas gambar itu berkata, sistem harga pelik itu membawa mereka kembali ke zaman persekolahan, malah ada yang mendakwa mengalami sakit kepala serta mimpi buruk selepas melihatnya. – Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan