Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,645

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Makan apa sahaja

10:12am 09/06/2016 Pak Roshan 2091 views Global
FENG memakan mentol lampu.

FENG memakan mentol lampu.

Beijing: Polis di China menyiasat seorang wanita kerana memberi pengaruh yang buruk dengan memuat naik gambar aksinya memakan pelbagai benda pelik seperti belut hidup, cacing dan juga mentol lampu di Internet.

Wanita itu memuat naik gambar aksinya di aplikasi siaran video terbaru China, Kuaishou dengan menggunakan nama Chihuo Fengjie yang bermaksud Feng Makan Apa Sahaja.

Feng yang turut membuat siaran video secara langsung dengan cepat menarik lebih 300,000 pengikut.

Di laman sosial Weibo, wanita itu mempunyai lebih 110,000 pengikut dan dia memuat naik lebih 30 video memakan pelbagai jenis objek.

Dalam akaun Weibo berkenaan, Feng memberitahu, dia berusia 48 tahun dan hobinya memakan benda yang tidak dimakan orang biasa.

Gambar profil wanita itu menunjukkan dia menggigit kepala belut yang masih hidup.

Selepas menjadi semakin popular, Feng mula membuat cabaran baru yang lebih berbahaya seperti memasukkan berpuluh rokok dalam mulut dan hidung serta memecahkan tembikai menggunakan kepalanya.

Apabila videonya semakin popular dan aksinya semakin berani, polis di bandar Handan, lokasi Feng tinggal mula menyiasat tindakannya.

Ketua penyiasat polis, Cao Yuyang berkata, semua video dirakamkan anak wanita itu yang berusia 24 tahun.

“Wanita ini juga dipercayai menipu dalam beberapa videonya seperti memotong duri pada pokok kaktus sebelum memakan tumbuhan itu.

“Dia juga didapati meletakkan daging mentah di bawah lidah secara rahsia serta berpura-pura memakannya,” katanya.

Polis juga memberi amaran kepada pengguna Internet supaya tidak meniru aksi wanita itu yang dianggap memberi pengaruh yang buruk.

Pihak berkuasa China turut memadamkan video wanita berkenaan di Internet. – Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan