Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,776

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Mak Nyah Cantik Kena Bunuh, Mayat Disumbat Dalam Bagasi

6:10pm 07/06/2016 Pak Roshan 32963 views Global

pixx-2

SEORANG mak nyah cantik, Barbie Ann Reilly, 23, ditemui mati dengan kesan berlumuran darah dalam sebuah bagasi di Bacoor, Filipina, baru-baru ini.

Mayatnya ditemui dalam kedudukan mengiring dan dibalut dengan plastik hitam.

pixx1

Susulan itu pihak polis menahan suspek yang dipercayai bertanggung jawab membunuh mangsa iaitu teman lelakinya sendiri, Che Yu Tsai.

Suspek ditahan selepas rakaman kamera litar tertutup (CCTV) kondominium menghubungkan pihak polis dengan jenayah yang dilakukan suspek.

pixx2

BARBIE DAN TEMAN LELAKINYA, YU TSAI.

Seorang pengawal keselamatan yang bertugas pada hari kejadian, merupakan saksi penting kes berkenaan kerana dia merupakan individu yang mula-mula mengesan ada sesuatu tidak kena telah berlaku.

Ketika melakukan rondaan waktu pagi di tingkat 11, pengawal terbabit ternampak pintu rumah Barbie terbuka lantas dia mengetuk pintu kerana curiga, seterusnya memasuki rumah apabila ketukannya tidak berjawab.

Sebaik masuk, dia menemui kesan tompokan darah di lantai dan dinding rumah mangsa.

Hasil pemeriksaan CCTV, mangsa dilihat kali terakhir memasuki rumah berkenaan jam 11.40 malam, Jumaat lepas bersama teman lelakinya.

Keesokan harinya, Yu Tsai dilihat keluar membawa sebuah bagasi yang kelihatan terlalu berat untuk diangkat. Di dalamnya, terdapat mayat Barbie.

Mayat Barbie kemudian dicampak suspek ke kawasan hutan di lebuh raya berhampiran kediaman mangsa.

Hasil soal siasat, suspek mengaku membunuh ‘teman wanitanya’ itu kerana kerap meminta wang dengan cara menikam Barbie atau nama sebenarnya, Del Rosario di leher sehingga mati. – MYNEWSHUB.CC

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan