Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Majukan tanah adat untuk generasi akan datang

Ghapur Salleh ketika berucap dalam majlis tersebut. - foto Masani Sandan
Ghapur Salleh ketika berucap dalam majlis tersebut. – foto Masani Sandan

TAWAU – Masyarakat bumiputera yang memiliki tanah adat khasnya di kawasan Parlimen Kalabakan dinasihat agar tidak menjual tanah semata-mata untuk meraih keuntungan segera, sebaliknya mereka perlu memajukannya menerusi aktiviti pertanian, perikanan dan perladangan yang mampu memberikan pulangan lumayan.

Ahli Parlimen Kalabakan, Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh berkata, kerajaan menerusi pelbagai agensinya menyediakan khidmat nasihat serta bantuan kepada mereka yang mahu mengusahakan tanah masing-masing.

“Janganlah jual tanah-tanah adat yang dimiliki kerana tanah adalah aset berharga yang boleh ditinggalkan untuk generasi akan datang. Usahakanlah tanah-tanah adat ini kerana ia sudah pasti akan memberi keuntungan yang lumayan untuk tempoh jangka masa panjang,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam Majlis Taklimat dan Pelancaran Program Perkhidmatan Tanah Anak Negeri Sabah (PANTAS) Jabatan Tanah dan Ukur di Dewan Felda Kalabakan, di sini hari ini.

Menyentuh mengenai aspek pembangunan, Ghapur yang juga Ketua UMNO Bahagian Kalabakan komited akan terus berusaha membawa lebih banyak kemajuan ke kawasan Parlimen Kalabakan dan antara program yang dilaksanakan ialah Program Pembaikan Rumah Rakyat.

Dalam pada itu, beliau berharap masyarakat akan terus menyokong Barisan Nasional (BN) dengan lebih padu agar lebih banyak kemajuan dan pembangunan dapat dibawa ke kawasan tersebut dengan lancar. – oleh Masani Sandan / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan