Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,786

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Majoriti percaya Fethullah dalang

10:17am 27/07/2016 Pak Roshan 1 views Global
PENYOKONG Erdogan berkumpul ketika perhimpunan membantah rampasan kuasa di Dataran Kizilay, Ankara, semalam. - AFP

PENYOKONG Erdogan berkumpul ketika perhimpunan membantah rampasan kuasa di Dataran Kizilay, Ankara, semalam. – AFP

Istanbul: Hampir dua per tiga rakyat Turki percaya tokoh agama Fethullah Gulen yang hidup dalam buangan di Amerika Syarikat dalang cubaan rampasan kuasa 15 Julai lalu, menurut kajian yang dijalankan syarikat kaji selidik Andy-Ar.

Pendapat itu selari dengan dakwaan kerajaan Presiden Recep Tayyip Erdogan.

Erdogan berkata, Fethullah yang mempunyai ramai pengikut di Turki merancang rampasan kuasa berkenaan selepas membina rangkaian dalam tentera, polis, sektor kehakiman, perkhidmatan awam, pelajaran dan media untuk menguasai negara itu.

Turki mendesak Amerika Syarikat mengekstradisi
Fethullah tetapi Washington berkata, ia hanya akan berbuat demikian jika terdapat bukti jelas.

Tokoh agama itu yang menetap di Pennsylvania sejak 1999 berkata, rampasan kuasa itu mungkin dirancang sendiri oleh Erdogan.

Kajian yang dilakukan Andy-Ar menunjukkan 64.4 peratus responden percaya Fethullah di sebalik rampasan kuasa berkenaan sementara 3,8 peratus menyalahkan Amerika Syarikat, 3.6 peratus yakin ia didalangi kuasa asing dan 2.2 peratus berkata, Erdogan sendiri yang merancangnya sebagai cara untuk mengukuhkan kuasanya.

Pihak berkuasa Turki melancarkan beberapa siri pembersihan dalam kalangan tentera, polis, kehakiman dan sistem pelajaran dengan menyasarkan pengikut Fethullah yang mengendalikan rangkaian luas sekolah dan badan kebajikan.

Kajian itu juga menunjukkan 72.6 peratus responden percaya negara asing menyokong pegawai tentera yang cuba merampas kuasa itu sementara 78.9 peratus melihat perpaduan antara Erdogan dan pemimpin pembangkang ketika rampasan kuasa itu ikhlas.

Menjawab soalan sama ada mereka mahu Fethullah dibawa pulang ke Turki, 81.5 peratus berkata ‘Ya.”

Kajian berkenaan dilakukan menerusi wawancara telefon, membabitkan 1,496 responden. – Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan