Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Majlis tahlil dan doa selamat sempena menyambut bulan ramadan 1439 Hijrah

KOTA KINABALU: Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Dr. Juhar Mahiruddin bersama isteri, Toh Puan Norlidah R.M Jasni berkenan menghadiri Majlis Tahlil dan Doa Selamat Sempena Menyambut Bulan Ramadan 1439 Hijrah di Istana Negeri, pada Selasa malam.

Tun Juhar dan Toh Puan​ Norlidah​ terlebih dahulu menunaikan solat maghrib berjemaah sebelum menyertai Majlis Bacaan Surah Yassin dan Doa Selamat diikuti solat Isyak.

Solat maghrib, Bacaan Surah Yassin dan Doa Selamat dipimpin Pegawai Agama Istana Negeri Sabah, Imbran Angun manakala solat Isyak ​oleh Imam Masjid Negeri Sabah, Amiruddin Amir.

Sejurus ​itu ​seramai 260 jemputan ​diraikan pada majlis makan malam yang diadakan di Dewan Utama Istana Negeri​.

Hadir sama ​ialah ​Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan isteri​,​ Datin Shuryani Shu​a​ib​;​ ​bekas ​Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah, Datuk Syed Abas Syed Ali​;​ Setiausaha Kerajaan Negeri, Tan Sri Sukarti Wakiman​;​ Setiausaha Persekutuan Sabah, Datuk Nor Rizan Mohd Thani​;​ Mufti Kerajaan Negeri, Datuk Bongsu Aziz Jaafar​;​ Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Ramli Din dan Pengerusi Yayasan Nur Jauhar, Mejar Kehormat Al Hambra Tun Juhar./PENERANGAN-

Bacaan Doa.. Tun Juhar (lima kanan), Mohd Shafie (tengah), Syed Abas (empat kanan), Nor Rizan (dua kiri), Sukarti (tiga kiri) dan Bongsu Aziz (empat kiri) mengaminkan bacaan doa sejurus solat Isyak secara berjemaah.

Komen


Berita Berkaitan