Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,643

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Majlis Silaturahim PUSPANITA 2015

6:47pm 19/11/2015 Elezebeth Esther Onjining 49 views Tempatan
Hairani (kiri) menyerahkan Bunga Orkid sebagai cenderahati kepada Datuk Hajah Faridah (Kanan)

Hairani (kiri) menyerahkan Bunga Orkid sebagai cenderahati kepada Datuk Hajah Faridah (Kanan)

KOTA KINABALU- Persatuan Suri dan Anggota Perkhidmatan Awam Malaysia (PUSPANITA) telah anjurkan satu majlis silaturahim bersama dengan
Penaung PUSPANITA Cawangan Sabah, Datin Seri Panglima Datuk Hajah Faridah Tussin, disini, hari ini.

Dalam majlis tersebut, Pengerusi PUSPANITA Cawangan Sabah, Puan Sri Hairani Hussaini berkata bahawa majlis tersebut adalah untuk merapatkan hubungan silaturahim antara ahli PUSPANITA di negeri ini.

Disamping itu, Hairani juga telah membentangkan kesemua aktiviti-aktiviti yang telah dianjurkan oleh PUSPANITA sepanjang tahun
ini termasuklah Mesyuarat Agung Tahunan PUSPANITA cawangan Sabah yang Ke 32 pada januari yang lalu, Hari Keluarga, dan kejohanan futsal dan telah terlibat dalam beberapa program peringkat kebangsaan seperti Program Sukarelawan iM4U.

Selain itu, beliau juga telah memaklumkan bahawa PUSPANITA Cawangan Sabah telah menerima Anugerah Cawangan Berprestasi (Negeri) bagi tahun 2013.

Dalam majlis tersebut, hari jadi Datin Seri Panglima Datuk Hajah Faridah Tussin turut diraikan bersama ahli PUSPANITA yang lain.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Datin Florence Malanking, Datin Hajah Surianih Basri dan Pegerusi Jawatankuasa Pelaksana Majlis
Silaturahim Bersama Penaung PUSPANITA Cawangan Sabah, Datuk Hajah Noni J Said. Oleh Elezebeth Esther/ Sayang Sabah

Sambutan hari jadi Datuk Hajah Faridah Tussin

Sambutan hari jadi Datuk Hajah Faridah Tussin

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan