Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Majlis Senator Malaysia Sampaikan Sumbangan RM15,000 Kepada Balu Ab Rajah

sumbangan kepada balu

KOTA KINABALU– Majlis Senator Malaysia (MSM) menyampaikan sumbangan RM15,000 kepada Salamah Ahmad, balu anggota polis Marin Koperal Ab Rajah Jamuan, yang mati ditembak ketika sedang meronda di sebuah resort di Pulau Mabul pada 12 Julai lepas.

Sumbangan disampaikan wakil MSM Senator Datuk Jamilah Sulaiman yang juga Timbalan Presiden Parti Bersatu Sabah pada majlis ringkas di Bilik Orang Kenamaan Lapangan Terbang Tawau semalam.

Turut hadir pada majlis itu ialah tiga anggota MSM iaitu Datuk Dr Lucas Umbul, Datuk Kadzim Yahya dan Datuk Yunus Kurus.

Jamilah berkata anggota MSM sentiasa menghargai jasa dan pengorbanan anggota pasukan keselamatan dalam mempertahankan kedaulatan dan keselamatan rakyat negeri ini, khususnya di Zon Selamat Timur Sabah.

“Kami amat bersimpati dengan nasib yang menimpa Salamah yang baru berusia 26 tahun, dan kami berharap sumbangan itu dapat meringankan beban yang dihadapi.

“Kami juga berharap agar Salamah sentiasa bersabar dan tabah dalam menghadapi dugaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini Jumaat.

Pada 12 Julai lepas, Ab Rajah, 32, mati ditembak kumpulan lelaki yang berpakaian hitam, seluar celoreng dan bersenjata berat ketika sedang meronda di sebuah resort, Pulau Mabul bersama rakan setugas Konstabel Zakiah Aleip, 26, yang kemudian diculik ke perairan negara jiran.

Komen


Berita Berkaitan