Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,800

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Majlis Sambutan Hari Jadi dan Hari Natal KPMHEP

10:05pm 05/12/2015 Elezebeth Esther Onjining 28 views Tempatan
Jainab memotong kek bersama warga KPMHEP

Jainab memotong kek bersama warga KPMHEP

KOTA KINABALU- Satu majlis sambutan hari natal anjuran warga kerja Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah (KPMHEP) bersama Menteri KPMHEP, Datuk Jainab Ahmad Ayid di Hotel Palace, di sini, hari ini.

Selain itu, majlis tersebut juga meraikan hari lahir warga kerja KPMHEP yang menyambut hari lahir bermulai bulan Julai hingga Disember.

Jainab berharap agar majlis yang dianjurkan itu dapat merapatkan hubungan silaturahim antara warga kerja dan dapat meningkatkan produktiviti kerja yang lebih baik.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Timbalan Setiausaha Tetap KPMHEP, Janet KL Chee, Ketua Penolong Setiausaha KPMHEP, Noraini Shafie dan warga kerja KPMHEP. Oleh Elezebeth Esther/ SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan