Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,654

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Majlis rumah terbuka platform perpaduan rakyat

1:57pm 28/12/2015 Ann Vivien 16 views Isu Semasa,Tempatan
Ghani (empat dari kiri) bersama Ellron (lima dari kiri) dan pemimpin-pemimpin yang lain memotong kes  sambutan Hari Krismas

Ghani (empat dari kiri) bersama Ellron (lima dari kiri) dan pemimpin-pemimpin yang lain memotong kes sambutan Hari Krismas

KENINGAU: Majlis rumah terbuka dan sambutan mana-mana perayaan termasuk upacara keagamaan adalah platform yang terbaik bagi menyuburkan lagi perpaduan masyarakat pelbagai kaum dan kepercayaan di negara ini.

Ketua Umno Bahagian Pensiangan Datuk Abdul Ghani Datuk Yassin berkata, majlis rumah terbuka yang dianjurkan semasa perayaan oleh mana-mana pihak di negara ini khususnya di Sabah  adalah landasan yang terbaik untuk terus menyatupadukan masyarakat pelbagai kaum dan anutan agama.

Katanya, amalan ini,  menjadi tunggak kepada perpaduan dan keharmonian kaum tanpa mengira kedudukan.

“Ini membuktikan perpaduan dan keharmonian masyarakat pelbagai kaum dan kepercayaan di negara ini khususnya di Sabah semakin menyerlah” katanya semasa berucap pada Majlis Rumah Terbuka Krismas 2015 anjuran bersama Umno Bahagian P.182 Pensiangan dan Komuniti Umat Katolik (KUK) Gereja Tulid baru-baru ini.

Majlis itu turut dihadiri oleh Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri Datuk Ellron Alfred Angin, Timbalan Ketua Umno Bahagian Umno Pensiangan Abie Wednes Gamboi, Rev, Fr Ronnie A. Luni, Ketua Pemuda Umno Pensiangan Jehan Osman, Pengerusi KUK Tulid Sylvester Lapiris dan barisan kepimpinan Bahagian, wanita dan pemuda Umno Pensiangan.- Oleh Kalawon Sawing/Sayangsabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan