Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Majlis Rumah Terbuka Era fm. Sabah sederhana tapi meriah

erafm

KOTA KINABALU 22 Ogos – Rumah Terbuka Aidilfitri ERA fm Sabah bersama pendengar setia mereka di Kompleks JKKN Jalan Tasik, Kota Kinabalu, di sini disambut secara sederhana, namun tetap meriah.

Lebih 1,000 tetamu yang hadiri termasuklah tetamu jemputan ERA fm, para artis, pendengar serta pihak penaja.

Penaja-penaja tersebut terdiri daripada JKKN Sabah, Kharisma Katering, SazaRice, Onaki, D-Jack, Twinine, K2 Waters, Indocafe, The Cups dan Mee Dong Sin.

Pada hari tersebut, para tetamu dan pendengar beramah mesra dengan para artis terkenal tanahair kesayangan mereka dan penyampai ERA fm Sabah seperti, Ily, BeeBey, Chris, Kim dan Lopz.

Kehadiran penghibur yang digilap bakat dari program realiti televisyen, Akademi Fantasia, Adira yang mendendangkan lagi Ombak Rindu dan Getaran Jiwa mendapat sambutan hangat daripada tetamu yang menyanyi bersama-sama sepanjang persembahan beliau.

Selain itu, tetamu turut dihiburkan dengan persembahan dan aktiviti menarik bersama bersama penyampai radio kegemaran mereka dan artis-artis pada majlis itu.

Acara ini melakarkan memori yang indah Raya ini bagi para penyampai ERA fm Sabah, artis-artis dan juga para pendengar setia yang hadir.

Dapatkan maklumat lanjut tentang ERA fm Sabah di www.era.fm, laman Facebook dan Twitter ERA, serta frekuensi ERA fm KK 102.4 FM dan ERA fm Sandakan 103.0FM atau layari fbsabah.era.fm.

Komen


Berita Berkaitan