Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,650

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Majlis rumah terbuka Aidilfitri Walai Tokou dapat sambutan hangat

5:55pm 02/08/2016 Elezebeth Esther Onjining 43 views Rencana,Tempatan
Khamarul Azman ketika membuat persembahan

Khamarul Azman ketika membuat persembahan.

BARU- baru ini, Rumah penginapan Walai Tokou, Kundasang mengadakan satu majlis rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri. Suasana di majlis itu sangat meriah dengan kehadiran masyarakat setempat walaupun dalam keadaan cuaca yang tidak menentu.

Para pengunjung turut disajikan dengan pelbagai persembahan tarian daripada belia di sekitar kawasan itu termasuklah persembahan drama tari yang menarik. Kanak-kanak juga tidak ketinggalan merasai kemeriahan majlis itu melalui penganjuran pertandingan mewarna. Seramai lebih kurang 60 orang kanak-kanak menyertai aktiviti yang telah dipecahkan kepada dua kategori iaitu prasekolah dan pelajar sekolah rendah.

Senyuman terukir di wajah kanak-kanak yang hadir apabila mereka menerima duit raya daripada pihak penganjur. Para pengunjung juga menunjukkan kehebatan nyanyian mereka melalui pertandingan nyanyian spontan dan turut menerima hadiah berupakan wang tunai.

Persembahan daripada pemain seruling tempatan, Khamarul Azman Khowasin menyerikan lagi majlis pada hari itu. Beliau merupakan seorang pemain seruling yang berbakat dan telah menunjukkan bakatnya di Hollywood, California baru-baru ini.

Pegawai Daerah, Faimin Karmin dalam ucapannya telah memuji pihak penganjur diatas usaha mereka dalam memastikan majlis tersebut berjalan lancar.

Katanya, ini merupakan hasil kerjasama semua pihak dan ia perlu dicontohi oleh orang ramai dan pihak tertentu.

“Saya yakin dengan usaha yang berterusan, kamu akan berjaya dalam setiap perkara yang dilakukan pada masa hadapan,”katanya.

Beliau turut menyeru kepada pemilik rumah agar tidak sewenang-wenangnya menggunakan nama ‘homestay’ sekiranya mereka belum mendaftar secara sah.

Sementara itu, Timbalan Presiden Persatuan Rumah Penginapan Malaysia, Kohadie Watiman berkata bahawa pihaknya akan mempertingkatkan kualiti perkhidmatan serta pakej dan kemudahan fasiliti di rumah penginapan berkenaan

Kohadie berkata, beberapa penambahbaikan akan dilakukan khususnya dalam menyediakan perkhidmatan ‘kampungstay’ kepada para pengunjung.

“Kami mahu pengunjung berasa selesa seperti berada di rumah sendiri, dan mereka boleh memasak sekiranya mereka mahu,”katanya.

Terdahulu, Walai Tokou telah beroperasi selama beberapa tahun bermula di Kampung Sinisian dan warisan tradisi dan budaya telah menjadi produk pelancongan premis berkenaan sejak ia dibangunkan serta dibuka kepada orang ramai. Oleh Elezebeth Esther/SayangSabah

Kohadie Watiman

Kohadie Watiman

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan