Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,647

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Majlis pelancaran “Sambutan Maulidur Rasul” peringkat Daerah Putatan

9:41pm 16/01/2016 Elezebeth Esther Onjining 29 views i-Muslim,Tempatan,YB Datuk Seri Panglima Haji Yahya Hussin
Ketibaan Datuk Yahya di dewan Sri Putatan

Ketibaan Datuk Yahya ke dewan Sri Putatan

PUTATAN- Satu majlis perarakan sempena Sambutan Maulidur Rasul peringkat Daerah Putatan telah berlansung di Dewan Sri Putatan, disini, hari ini.

Timbalan Ketua Menteri Sabah Merangkap Menteri Pertanian Dan Industri Makanan Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Yahya Hussin berkata tujuan sambutan Maulidur Rasul yang diadakan pada setiap tahun adalah untuk menyuburkan lagi keinginan serta semangat umatnya untuk mencontohi Nabi SAW dalam apa juga aspek kehidupan.

Sehubungan itu, usaha kerajaan melalui sambutan sebegini juga bertujuan untuk mengajak rakyat mengenang kejayaan Rasulullah SAW membina perpaduan ummah adalah selaras dengan hasrat untuk mengupayakan Sabah menjadi sebuah negeri yang maju, makmur dan harmoni.

Disamping itu, Yahya turut menyatakan bahawa sambutan Maulidur Rasul yang bertemakan ‟Perpaduan Nadi Transformasi Negara” berhubungkait dengan masa depan generasi muda dimana golongan muda di negeri ini perlu digilap dan diperkasakan lagi melalui peningkatan ilmu dan kemahiran yang relevan.

“Ini adalah kerana harapan dan prospek bangsa terletak pada generasi muda yang akan memacu negeri kita ke arah kejayaan yang lebih besar pada suatu masa yang akan datang”, katanya ketika merasmikan majlis sambutan Maulidur Rasul, pagi tadi.

Disamping itu, beliau juga berkata bahawa budaya ilmu perlu disuburkan dalam masyarakat agar dapat menjadikan generasi muda lebih berdaya saing dan mempunyai pemikiran yang inovatif dan bukan hanya terbatas kepada program – program akademik yang formal sahaja. Oleh Elezebeth Esther/SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan