Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,651

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Majlis Penyerahan KPI kepada 14 Ketua Perwakilan Malaysia

10:28pm 13/01/2016 Elezebeth Esther Onjining 62 views Berita Pilihan,Nasional
Anifah (tengah) dan Reezal (kanan tengah) bersama dengan para Ketua Perwakilan Malaysia

Anifah (tengah) dan Reezal (kanan tengah) bersama dengan para Ketua Perwakilan Malaysia

PUTRAJAYA- Satu majlis penyerahan Penunjuk Prestasi Utama (KPI) kepada 14 Ketua Perwakilan Malaysia yang baharu telah berlansung di pejabat Menteri Luar Negeri, Wisma Putra, disini, hari ini.

Kesemua KPI kepada para Ketua Pewakilan Malaysia telah disampaikan oleh Menteri Luar Negeri, Dato’ Sri Anifah Hj Aman.

Tujuan pelaksanaan KPI bagi Ketua Perwakilan Malaysia adalah untuk
memantau prestasi dan pencapaian selaku wakil rasmi Kerajaan Malaysia di negara penempatan masing- masing.

Selain itu, KPI juga dilaksanakan sebagai mekanisme penilaian yang
akan digunakan bagi tujuan pembangunan sumber manusia dan kemajuan kerjaya.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Timbalan Menteri Luar Negeri,Dato’ Sri Reezal Merican Naina Merican serta Pegawai-pegawai kanan Kementerian Luar Negeri. Oleh Elezebeth Esther/ SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan