Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,654

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Majlis Pelancaran Buku Meniti Ombak dan Matematik Tahun Satu Linus dirasmikan oleh Datuk Teo Chee Kang

7:01pm 10/05/2016 Nur Syafathin Mohd Yadi 16 views Tempatan

KOTA KINABALU-Majlis Pelancaran Buku Meniti Ombak dan Matematik Tahun Satu Linus telah berlansung dan dirasmikan oleh Menteri Tugas-Tugas Khas Jabatan Ketua Menteri, Datuk Teo Chee Kang disini semalam.

“…Sesungguhnya, usaha memperkasa bahasa dan sastera, melestarikan ilmu, diperingkat akar umbi semakin terserlah dan terlihat hasilnya,”dalam ucapan perasmiannya di Dewan Tun Sakaran Kompleks Tabung Haji, Sembulan.

Menurutnya, pelancaran dua buah buku yang dihasilkan oleh penulis tempatan, Puan Hamidah Kassam dilihat sebagai inisiatif penting untuk menarik minat masyarakat terhadap program Kesusteraan dan Persuratan di negeri ini.

“Usaha penulis dengan badan tertentu seperti BAHASA, GAPENA dan beberapa agensi seterusnya sokongan pelbagai pihak sudah pasti memberikan impak yang besar kepada rakyat dan perlu diteruskan pada masa akan datang,”tambahnya.

Jelasnya lagi, program seumpama ini penting kepada pembangunan sastera dan ilmu di Sabah.

Turut hadir, Timbalan Presiden LDP, Senator Datuk Chin Su Phin, Mayor Dewan Bandaraya Kota Kinabalu, Datuk Yeo Boon Hai, CEO Sabah Energy Corporation Sdn. Bhd, Presiden Badan Bahasa dan Sastera Sabah, Encik Jasni Matlani, Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka, Puan Hajah Asmiah Haji Ajamain, dan Setiausaha Satu GAPENA, Tuan Haji Hamzah Hamdani.-Syafathin M.Y./SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan