Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,656

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Majlis kahwin untuk singa

9:12am 25/09/2016 Pak Roshan 25 views Global
SINGA jantan, Nabha (kanan) memerhatikan singa betina, Nova, menerusi kandangnya di zoo Chittagong.

SINGA jantan, Nabha (kanan) memerhatikan singa betina, Nova, menerusi kandangnya di zoo Chittagong.

Dhaka: Sebuah zoo di Bangladesh mengadakan majlis perkahwinan untuk dua singa, termasuk menyediakan kek daging berbentuk hati dengan harapan dapat menarik lebih ramai pengunjung dan menggalakkan haiwan itu mengawan.

Kira-kira 400 tetamu hadir pada majlis itu yang diserikan dengan hiasan belon kelmarin.

Singa betina, Nova, yang sudah sekian lama mendiami zoo di Chittagong itu diraikan bersama Nabha, singa jantan yang dibawa dari zoo lain.

“Ini memang majlis luar biasa. Dan kami berusaha memastikan zoo ini ceria untuk menggalakkan singa itu mengawan,” kata pegawai daerah Chittagong, Mesbah Uddin.

Menurutnya, pihak berkuasa tempatan membawa singa jantan Badsha yang kemudian dinamakan semula Nabha dari zoo di Rangpur untuk menemani Nova dengan tujuan melahirkan anak.

Satu majlis praperkahwinan juga diadakan untuk murid sekolah.

Bagaimanapun, kemuncak perayaan ialah sajian kek 10 kilogram yang dibuat daripada daging lembu dan ayam serta dicampur dengan telur untuk kedua-dua haiwan itu.

Singa itu akan tinggal di kandang berasingan yang terletak bersebelahan selama tiga hari untuk membolehkan mereka membiasakan diri antara satu sama lain. – AFP/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan