Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

12,503

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Majlis Guru Pemulihan Nabawan anjur Program Outreach Fasa 2

9:23pm 09/06/2014 Pak Roshan 20 views Beaufort,Tempatan

guru

NABAWAN: Majlis Guru Pemulihan Nabawan, telah mengadakan Program Outreach Fasa 2 peringkat Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Nabawan selama dua hari di Perpustakaan di sini, baru-baru ini.

Objektif Pelaksanaan program outreach itu adalah untuk mengenalpasti murid-murid yang berpotensi menjadi murid berkeperluan khas untuk menerima pendidikan yang sepatutnya.

Sasaran program ini adalah murid-murid di Pedalaman khususnya Nabawan yang lemah dalam pembelajaran.

Program Outreach juga merupakan Program rasmi Sektor Pemulihan Khas Program Outreach dan Pendidikan Swasta Negeri Sabah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah.

Antara Jabatan kerajaan yang terlibat dalam program ini ialah Hospital Keningau dan Nabawan, Jabatan Kesihatan Nabawan, Jabatan Kebajikan, Jabatan Pendaftaran dan Bank Simpanan Nasional Keningau.

Program itu dirasmikan oleh Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Nabawan Halim Angusi mewakili Pegawai Pendidikan Daerah Nabawan Beaty Leong.

Halim dalam ucapannya berkata, program seumpama ini akan mampu memantapkan pengurusan dan pentadbiran dalam pemulihan Khas di dalam daerah Nabawan dan juga di sekolah.

Beliau turut memuji komitmen guru-guru pemulihan khas, jabatan kesihatan dan Hospital Keningau dan Nabawan, Jabatan Kebajikan, Jabatan Pendaftaran dan Bank Simpanan Nasional yang telah bertungkus lumus melaksanakan bidang masing-masing sepanjang program ini berjalan.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan