Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,637

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Majlis Guru Besar Tawau diseru jalin kerjasama demi kecemerlangan pelajar

5:36pm 28/05/2016 Leolerry Lajius 35 views Pendidikan,Tempatan
Hamisa(tengah) mengambil gambar bersama  ahli jawatankuasa Majlis Guru-guru Besar Daerah Tawau.

Hamisa(tengah) mengambil gambar bersama ahli jawatankuasa Majlis Guru-guru Besar Daerah Tawau.

Tawau :Majlis Guru Besar Daerah Tawau disaran mewujudkan jalinan hubungan kerjasama yang baik dengan pihak sekolah demi meningkatkan tahap pencapaian akademik para pelajar.

Pembantu Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat, Datuk Hamisa Samat berkata, perkara itu penting agar lebih banyak usaha dan aktiviti yang dapat menyumbang ke arah itu dapat dilakukan pada masa depan.

Katanya tanpa usaha bersepadu daripada semua pihak, matlamat untuk membantu pelajar khususnya di kawasan luar bandar mungkin tidak dapat dicapai.

“Kerjasama itu penting bagi membolehkan tahap pencapaian akademik pelajar luar bandar setanding dengan pelajar di kawasan bandar.

“Walaupun ada pelajar luar bandar menunjukkan prestasi cemerlang, namun masih terdapat banyak kelemahan yang perlu diperbaiki,” katanya.

Beliau berkata selepas kunjungan hormat Majlis Guru-guru Besar di kediamannya, Jalan Tanjong Batu, Tawau di sini kelmarin.

Turut hadir sama Pengerusi Majlis Guru-guru Besar Daerah Tawau, Sapri Raupu dan 20 orang ahli jawatankuasanya.

Menurut Hamisa yang juga Adun Tanjong Batu, beliau yakin dengan kerjasama yang mantap antara sekolah dan PIBG, lebih banyak aktiviti dapat dilakukan untuk kebaikan pelajar.

“Antaranya, ialah menyediakan kemudahan tuisyen bagi meningkatkan penguasaan pelajar khususnya dalam subjek-subjek teras selain mewujudkan skim bantuan kewangan kepada pelajar miskin.”

“Sehubungan itu, ibu-bapa perlu memberikan sokongan dan dorongan kepada pihak sekolah untuk kecemerlangan pendidikan anak-anak mereka,” ujar beliau.-/SayangSabah

 

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan