Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Majlis Fatwa Negeri Sabah telah menfatwa 16 ajaran sesat di negeri ini- Ariffin

KOTA KINABALU: Majlis Fatwa Negeri Sabah telah menfatwa 16 ajaran sesat di negeri ini kerana fahaman kumpulan berkenaan menyalahi dan menyeleweng daripada Aqidah Ahli Sunnah Wal-Jamaah.

Menurut Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Ariffin Mohd. Arif, antara ajaran berkenaan adalah Qadiani, Al-Arqam, Hizbut Tahrir, Milah Abraham, Syiah, Tal Tujuh, Tarikat Hasaniah, Tariqat Naqsyabandiah al Aliyah, Nasrul Haq, Zikir Hasan Rimau, Kumpulan Wang Rezeki, Liberalisme dan Pluralisme.

“Ajaran Qadiani bergerak di daerah Sandakan, Beaufort, Kota Marudu dan Kota Kinabalu dalam kumpulan kecil, manakala kumpulan Hizbut Tahrir didapati berada di Sandakan dan kumpulan ini dipantau dan diselaraskan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) bersamaa Polis Diraja Malaysia, bahagian Teks Al-Quran Kementerian Dalam Negeri dan agensi-agensi yang berkaitan,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan yang dikemukakan oleh ADUN Sebatik Datuk Haji Abd. Muis Haji Picho yang bertanya mengenai tindakan yang telah dikenakan terhadap ajaran sessat di negeri ini, ketika Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah Mesyuarat Ke-2 Penggal Ke-5 DUN Sabah yang ke-14, di sini hari ini.

Beliau turut menyatakan bahawa seramai lapan orang pengikut ajaran Millah Abraham yang melarikan diri ke negeri ini telah ditangkap dan telah dibawa ke Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur untuk diambil tindakan undang-undang.

“Kerajaan memandang serius perkara ini dan telah mengambil tindakan yang proaktif untuk membendung masalah berkenaan.”

“Antara langkah yang telah diambil adalah melalui tindakan berterusan dan dakwah bil-hikmah serta dakwah bil-hal dengan memberikan penjelasan tentang bahayanya aqidah yang salah dan menyeleweng kepada masyarakat,”katanya.-Oleh Leolerry Lajius/SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan