Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Majlis Doa “Sayangi Malaysiaku” titik permulaan toleransi beragama di Sabah

Pembantu Menteri Pelajaran dan Inovasi, Jenifer Lasimbang (duduk tengah) bergambar kenangan bersama para peserta. Gambar SNT/Ehsan Penerangan Sabah

KOTA KINABALU: Majlis Doa “Sayangi Malaysiaku” sempena Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Sabah diadakan di Dewan G.C. Woolley, Muzium Sabah pada petang, Sabtu.

Pembantu Menteri Pelajaran dan Inovasi, Jenifer Lasimbang berkata majlis julung kali diadakan itu merupakan permulan titik Toleransi beragama di Sabah.

“Program Doa Sayangi Malaysiaku diadakan bertujuan untuk memberikan ruang kepada semua rakyat sabah yang beragama bukan Islam untuk sama sama mendoakan kesejahteraan Malaysia bersempena dengan hari kebangsaan peringkat Negeri Sabah 2018.

Pembantu Menteri Pelajaran dan Inovasi, Jenifer Lasimbang melaksanakan gimik pelancaran majlis tersebut. Gambar SNT/Ehsan Penerangan Sabah

“Kerajaan Negeri memperuntukkan sebanyak RM5500 untuk setiap persatuan bagi menjalankan upacara doa masing-masing dan kami berharap agar acara berkenaan dijadikan sebagai acara tahunan,”katanya.

Pembantu Menteri Pelajaran dan Inovasi, Jenifer Lasimbang (dua dari kiri) bersama sebahagian peserta turut menyanyikan lagi patriotik pada majlis tersebut. Gambar SNT/Ehsan Penerangan Sabah

Pertubuhan Kadazan Dusun Murut (KDM) Malaysia Persatuan KDM Malaysia, Persatuan Gabungan Cina Sabah dan Persatuan Kinabalu Singh Sabha turut bersama dalam acara tersebut dan acara mencurahkan 7 elemen iaitu minyak, air, garam, tepung, madu, susu dan anggur ke atas batu simbolik kesatuan asas kepercayaan sebagai gimik perasmian doa pada petang itu.-SabahNews Today/Penerangan

Komen


Berita Berkaitan