Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Majlis berdarah

MAYAT bergelimpangan di lokasi serangan pengebom berani mati di Ibb, semalam.
MAYAT bergelimpangan di lokasi serangan pengebom berani mati di Ibb, semalam.

Sanaa: Sekurang-kurangnya 33 orang terbunuh selepas seorang pengebom berani mati meletupkan dirinya ketika majlis keraian membabitkan penyokong militia Syiah.

Puluhan orang juga cedera dalam serangan di bandar Ibb yang dikuasai militia Houthi walaupun majoriti penduduknya berfahaman Sunni.

Petugas perubatan memberi amaran jumlah kematian mungkin meningkat. Antara yang parah termasuk Gabenor Ibb, Yahya al-Aryani yang menghadiri majlis sempena Maulidur Rasul.

Sumber keselamatan berkata, satu lagi bom ditemui di pintu masuk ke majlis berkenaan.

Al-Qaeda di Semenanjung Arab (AQAP) – cabang organisasi jihad itu di Yaman – berikrar memerangi Houthi yang menawan ibu negaranya Sanaa September tahun lalu sebelum mara ke daerah lain, kebanyakkan lokasi penduduk berfahaman Sunni.

Ketua tentera AQAP Qassem al-Rimi berikrar November lalu untuk mengusir Houthi dari
Sanaa manakala pemimpin pertubuhan itu Nasser al-Wuhayshi menuduh kumpulan Syiah itu bersekongkol dengan Amerika Syarikat dan Iran untuk menghapuskan penganut Sunni. – AFP

 

Komen


Berita Berkaitan