Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Majikan swasta perlu sedia beri insentif lumayan

majikan swasta

MARAN- Majikan swasta disaran memberi insentif yang lebih lumayan dan menarik kepada para pekerja yang bekerja pada hari cuti umum seperti Hari Raya Aidilfitri termasuk hari cuti umum khas lain.

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Ismail Abd Muttalib berkata, langkah itu perlu kerana para pekerja memberi perkhidmatan terbaik kepada majikan walaupun mereka berkorban untuk bertugas pada masa cuti umum.

“Kementerian ada menerima aduan daripada pekerja bahawa mereka hanya dibayar gaji seperti hari biasa sedangkan bertugas pada hari cuti umum.

” Mereka (pekerja) ini bukan bekerja lebih masa atau over time (OT) tetapi, bekerja pada hari kelepasan am ketika orang lain menikmatinya.

“Pengorbanan seperti ini wajar diiktiraf oleh majikan kerana mereka terpaksa mengorbankan masa istimewa dan penting bersama keluarga tersayang demi tugas,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. – BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan