Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,797

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Majikan mengaku tidak bersalah, dibicara pada April tahun depan

5:28pm 07/12/2015 Elezebeth Esther Onjining 19 views Jenayah,Tempatan
KOTA KINABALU- Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini menetapkan 11 hingga 12 April, tahun depan kepada seorang majikan Sabah Forest Industries Sdn Bhd untuk perbicaraan.
Hakim Azreena Aziz menetapkan tarikh tersebut selepas majikan kilang itu tidak mengaku kesalahan atas pertuduhan gagal memastikan keselamatan pekerja dan mempunyai bahagian jentera yang berbahaya sehingga menyebabkan kematian seorang pekerjanya.
Bagi pertuduhan pertama, majikan kilang itu didakwa telah gagal untuk memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan semua pekerja yang mana telah menyebabkan kematian seorang pekerja pada 12 Julai 2015, lebih kurang 7 pm di Bahagian Chip Mill, Slasher Station Conveyor, di Sabah Forest Industries Sdn Bhd, Sipitang
Tertuduh boleh dihukum dibawah Seksyen 15 (1) Akta Keselamatan dan Kesihatan pekerjaan 1994 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 19 akta yang sama yang memperuntukkan denda tidak melebihi RM 50,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya, jika disabitkan kesalahan
Selain itu, tertuduh juga didakwa telah gagal memasang pagar pada jentera sehingga menyebabkan kematian seorang pekerjanya di tempat, masa dan hari yang sama.
Bagi pertuduhan kedua tertuduh dihukum dibawah seksyen 15 Akta Kilang dan Jentera 1967 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 51 (2) akta yang sama yang memperuntukkan  denda tidak melebihi RM 50,000 atau dipenjara untuk tempoh tidak melebihi setahun atau kedua-duanya sekali, jika disabitkan kesalahan.
Pendakwaan telah dilakukan oleh pendakwa raya Jabatan Keselamatan dan Kesihatan, Mohd Khairul Firti Samsudin. Oleh Elezebeth Esther/ SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan