Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Majikan masih wajib patuh Perintah Gaji Minimum 2016

KENINGAU, 6 Sept (Bernama) – Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah, Rasinin Koutis berkata majikan di negeri ini masih perlu mematuhi Perintah Gaji Minimum (PGM) 2016 sehingga kadar baharu gaji minimum sebanyak RM1,050  atau RM5.05 sejam dilaksanakan bermula 1 Januari depan.

Beliau berkata melalui PGM 2016 yang dikuat kuasa mulai 1 Julai 2016, kadar gaji minimum bulanan ditetapkan RM1,000 sebulan atau RM4.81 sejam bagi Semenanjung Malaysia dan RM920 sebulan atau RM4.42 sejam bagi Sabah, Sarawak serta Labuan.

Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan Karnival Pekerjaan Sempena Kembara Kerjaya Sabah 2018 di sini, hari ini.

Hadir sama Pengarah JTK Sabah Kamal Pardi.

Kembara Kerjaya itu merupakan program tahunan yang keempat Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Sabah, dan pada tahun ini ia  bermula di Kota Kinabalu pada 2 Sept sebelum ke Kudat (3 Sept), Kota Marudu ( 4 Sept), Ranau (5 Sept) dan berakhir di sini hari ini.

Sejumlah 19 majikan, enam penyelia latihan dalam pelbagai industri menyertai karnival itu untuk menawarkan sejumlah 500 kekosongan jawatan di Keningau dan sehingga jam 2 petang tadi, kira-kira 300 kekosongan jawatan yang ditawarkan telah diisi.

–BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan