Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Majikan didenda RM10,000, penjara 100 hari abai kebajikan pekerja

jtksabah

KOTA KINABALU – Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Sabah menegaskan tidak akan berkompromi dengan mana-mana majikan yang gagal mematuhi Peraturan dan Perundangan Buruh di negeri ini.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan JTK negeri, Othman Abdullah berkata, tindakan tegas akan diambil pihaknya dalam memastikan kesemua majikan mematuhi peraturan dan undang-undang berkenaan.

“Tindakan membawa kes majikan yang melanggar peraturan dan undang-undang berkenaan ke mahkamah adalah antara tindakan tegas yang diambil dalam usaha memastikan kesejahteraan dan kebajikan pekerja terbela,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Terbaharu katanya, sebuah syarikat dijatuhkan hukuman denda RM1,500 atau penjara tiga bulan oleh Mahkamah Majistret di sini selepas mengaku bersalah di hadapan Majistret, Cindy Mc Balitus pada 17 Februari lalu.

Syarikat berkenaan mengaku salah mengikut Seksyen 130C Ordinan Buruh (Sabah Bab. 67) kerana telah ingkar mematuhi perintah Pengarah JTK Sabah yang dibuat di bawah Seksyen 7A Ordinan Buruh Sabah (Sabah Bab. 67).

Kesalahan itu membawa hukuman denda tidak melebihi RM10,000 dan bagi kesalahan yang berlanjutan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM100 sehari. Pegawai Pendakwaan bagi kes berkenaan telah dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa JTK Sabah, Morian Paidal dibantu Denson Saidi. – oleh Masani Sandan / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan