Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Majikan bersalah kebulurkan amah

LIM dan isterinya di luar mahkamah, semalam.
LIM dan isterinya di luar mahkamah, semalam.

Singapura: Sepasang suami isteri didapati bersalah melanggar undang-undang buruh kerana menyebabkan pembantu rumah mereka warga Filipina kebulur sehingga berat badan mangsa turun hingga 29 kilogram.

Peniaga Lim Chiong Hong dan isteri, Chong Sui Foon, kedua-duanya berusia 47 tahun, mengaku tidak memberi makan secukupnya kepada mangsa selama 15 bulan.

Hukuman ke atas mereka akan ditetapkan kemudian. Pasangan itu berdepan hukuman penjara dan denda maksimum S$10,000 (RM29,300).

Sebuah mahkamah daerah diberitahu bagaimana Thelma Oyasan Gawidan, 40, kehilangan berat badan hampir 20 kilogram, mengalami keguguran rambut dan berdepan masalah haid ketika bekerja dengan pasangan itu di kondominium mereka di kawasan Jalan Orchard.

Thelma hanya diberi makan dua kali sehari, biasanya beberapa keping roti dan sedikit mi segera yang disediakan Sui Foon.

Malah, ketika bercuti bersama ke Hong Kong, Sui Foon akan membungkus beberapa keping roti dan mi segera untuk mangsa.

Thelma juga tidak dibenar mengguna telefon bimbit dan tidak dibenarkan keluar membeli makanannya sendiri.

Selama setahun bekerja, dia dipaksa menggunakan tempat mandi awam bersebelahan kolam renang kondominium majikannya dan perlu diiringi seorang anggota keluarga.

Dia dibenarkan mandi dua kali seminggu.

Mangsa akhirnya berjaya melarikan diri dan meminta bantuan rakan senegaranya.

Lim dan isterinya akan dihadapkan ke mahkamah sekali lagi pada 22 April selepas menjalani pemeriksaan psikiatrik. – Agensi/HMetro

Komen


Berita Berkaitan