Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Majikan bersalah dera amah

dera amah

Hong Kong: Wanita yang didakwa mendera pembantu rumahnya semalam didapati bersalah oleh mahkamah kerana memukul dan menyeksa mangsa.

Menurut jurucakap mahkamah, sebaik keputusan dibaca hakim, sorakan bergema di dalam yang dipenuhi aktivis dan penyokong Erwiana Sulistyaningsih, bekas pembantu rumah yang sejak kebelakangan ini menjadi subjek utama dalam kempen meningkatkan hak pekerja di pusat kewangan Asia itu.

Gambar kecederaan dialami Erwiana akibat penderaan itu mencetuskan kemarahan rakyat Indonesia dan menggemparkan seluruh penduduk Hong Kong selepas amah berusia 24 tahun terbabit dimasukkan ke hospital dalam keadaan amat menyedihkan.

Dia didakwa didera seorang ibu kepada dua anak, Law Wan-tung.

Erwiana berkata, dia gembira hakim menyabitkan kesalahan ke atas Law, namun menggesa pembaharuan terus dilakukan bagi memastikan pihak majikan Hong Kong tidak lagi memperlakukan pembantu rumah mereka seperti hamba.

“Saya sedia memaafkan perbuatan Law, tetapi berharap Law diberi hukuman maksimum penjara tujuh tahun,” katanya.

Hakim akan menetapkan hukuman ke atas Law pada 27 Februari ini.

Law, 44, didapati bersalah bagi 18 daripada 20 pertuduhan yang dikenakan terhadapnya, termasuk menyebabkan kecederaan, menyerang, ugutan jenayah dan tidak membayar gaji. – AFP

dera amah2

Komen


Berita Berkaitan