Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,650

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Majalah ‘Sabah Travel dan Property’ majalah pelancongan versi cina pertama di Sabah

7:03pm 02/05/2016 Elezebeth Esther Onjining 38 views Tempatan
Kamarlin menyampaikan cek bernilai RM 300,000 kepada SRJK (C) Pai Wen Ranau sempena Majlis pelancaran Majalah 'Sabah Travel and Property', disini, hari ini

Kamarlin menyampaikan cek bernilai RM 300,000 kepada SRJK (C) Pai Wen Ranau sempena Majlis pelancaran Majalah ‘Sabah Travel and Property’, disini, hari ini

PENAMPANG- Majalah ‘Sabah Travel dan Property’ merupakan majalah pertama yang menggunakan Bahasa Cina dalam memperkenalkan Sabah kepada mata dunia.

Majalah tersebut diperkenalkan oleh Leisure Property Publication Sdn Bhd yang menyasarkan pelancong dari Tanah Besar China, Hong Kong dan Taiwan

Menurut Pengerusi penganjur, Elson Kho, Sabah menjadi antara salah satu pusat pelancongan yang menarik perhatian para pelancong dari seluruh negara terutamanya pelancong dari negara China.

Kho berkata idea penerbitan majalah tersebut dalam bahasa Cina tercetus berikutan kekurangan sumber maklumat berkenaan negeri ini dalam bahasa Cina.

“Jika kita melihat di sekeliling lapangan terbang mahupun tempat-tempat pelancongan yang terkenal di negeri ini, kita kekurangan bahan bacaan berkenaan Sabah dalam bahasa Cina,”katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap di majlis perasmian majalah ‘Sabah Travel & Property’, di Wisma Kinsabina, disini, hari ini.

Tambah Kho, majalah tersebut akan diedarkan ke beberapa syarikat penerbangan di China. Diantaranya, Changsa, Guilin, Nanning, Xi’an, Zhengzhou dan Fuzhou.

“Majalah ini akan turut diedarkan ke beberapa kawasan tarikan pelancong seperti Starbucks, Coffee Bean, Pusat Maklumat Pelancongan dan bilik serta lodges beberapa hotel yang terpilih.

“Saya berharap agar penerbitan majalah ini boleh menarik lebih banyak pelancong dan pelabur ke negeri ini,”ujarnya.

Hadir sama, Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Haji Kamarlin Ombi mewakili Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun, Ketua Pegawai Eksekutif Majalah ‘Sabg Travel & Property’, Datuk Francis Goh, dan Mayor Dewan Bandaraya Kota Kinabalu, Datuk Yeo Boon Hai, Pengetua SRJK (c) Pai Wen, Ng Li King dan salah seorang Lembaga Pengarah sekolah itu, Alldem Chia.

Sementara itu, Kamarlin turut menyampaikan cek sejumlah RM 300,000 masing- masing kepada Jawatankuasa Bencana Alam Daerah Ranau dan SRJK (C) Pai Wen Ranau. -Elezebeth Esther/SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan