Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Main gitar sambil bedah otak

LI diminta bermain gitar sebelum, ketika dan selepas pembedahan untuk membantu doktor merawatnya.
LI diminta bermain gitar sebelum, ketika dan selepas pembedahan untuk membantu doktor merawatnya.

Shenzhen: Seorang lelaki dirakam bermain gitar sambil dia menjalani pembedahan otak untuk mengubati masalah jari yang mengganggunya sejak puluhan tahun lalu.

Hospital yang menjalankan pembedahan itu berkata, hanya 10 pembedahan seumpama itu pernah dilaksanakan di seluruh dunia setakat ini.

Li Xiaonan, 57, mempelajari seni muzik dan bercita-cita menjadi pemuzik profesional sejak di universiti lagi.

Pada usia 34 tahun, impiannya hancur kerana jari hantu tangan kanannya kaku tiba-tiba dan dia terpaksa beralih menjadi guru sahaja.

Sejak dua tahun lalu, Li berusaha mendapatkan bantuan perubatan di seluruh China. Kebanyakan hospital berkata, dia menghidap Parkinson atau masalah psikologi.

Hanya awal tahun ini doktor di Hospital Rakyat Shenzhen mengesahkan dia menghidap distonia tangan fokal yang disebabkan oleh masalah di ganglia basal otak, perkara biasa dialami pemuzik dan atlet. Penyakit itu menyebabkan pesakit hilang kawalan terhadap otot.

Pakar di hospital itu, Doktor Cai Xiaodong mencadangkan Li menjalani pembedahan otak untuk mengatasi masalahnya.

Ketika pembedahan beberapa hari lalu, Li diminta bermain gitar klasiknya sebelum, ketika dan selepas pembedahan dengan pakar merangsang otak Li dengan elektrik menerusi dua lubang yang dikorek menerusi kepalanya.

Li serta-merta merasakan jari hantu tangan kanannya boleh digerakkan dengan lebih baik.

Cai berkata: “Pembedahan itu berjaya dan dia kini boleh bermain gitar dengan lancar. Ini kes pertama seumpamanya di China.”- Agensi/HMetro

Komen


Berita Berkaitan