Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Mahu Kena Ludah, Maki Hamun – Jadilah Yahudi Di Paris

kena ludah

PARIS — Ketika umat Islam di Perancis dilaporkan hidup dalam ketakutan ekoran persepsi negatif masyarakat tempatan susulan serangan berdarah ke atas pejabat majalah biadapCharlie Hebdo awal Januari lalu, nasib penganut Yahudi jauh lebih teruk.

Perkara amat mengejutkan itu didedahkan Zvika Klein, seorang wartawan NRG, portal berita berpengaruh Israel; yang membuat ujikaji selama 10 jam dengan berjalan kaki di sekitar Paris bagi melihat penerimaan spontan penduduk terhadap penganut Yahudi.

Hasilnya memang amat memalukan; dia yang memakai kopiah kecil kippah, juga disebutyarmulke, di kepala, dan tzitzit (seperti rantai tasbih) dimaki hamun ramai pejalan kaki; sebahagian besarnya pula kulit putih bukan beragama Islam.

BACA : Rakyat Britain Makin Ramai Mula ‘Meluat’ Orang Yahudi

Bersama seorang pengawal keselamatan yang berpakaian preman, tinjauan eksklusif itu dirakamkan jurugambar NRG, Dov Belhassen dengan menggunakan kamera kecil GoProyang tersembunyi di celah tas kecil bahagian punggungnya.

Klein berjalan santai melewati kawasan didiami masyarakat bukan Islam, kemudian di sekitar Menara Eiffel, dan kejiranan yang sebahagian besar penduduknya Muslim; bagi merasai kehidupan seharian penganut Yahudi di bandar raya itu.

Ketika berjalan itu, Klein bukan sahaja diludah, bahkan diancam dengan pelbagai ayat buruk atau lucah selain digelar ‘anjing’, sekali gus memberi gambaran perasaan benci orang Yahudi atau disebut anti-Semitik amat kuat di ibu kota Perancis.

BACA : Al-Quran Laris Sejak Serangan Berdarah Di Charlie Hebdo

Ia amat berbeza dengan tanggapan umum kononnya susulan insiden berdarah termasuk serangan maut di sebuah pasar raya kosher atau makanan Yahudi di Paris bulan lalu, sentimen rakyat sepatutnya lebih simpati terhadap penganut Yahudi.

Wartawan itu mendapati, dirinya berasa semakin cemas apabila dilihat dengan penuh rasa kebencian, seolah-olah mahu ‘bergaduh’, hasil ekspresi bahasa tubuh penduduk malah ada beberapa remaja berteriak “Viva Palestin” terhadap Klein.

Rakaman video secara rahsia itu ‘meniru’ idea kisah eksperimen seorang wanita menerusi laman YouTube baru-baru ini bagi menilai persepsi umum jika bersiar-siar di New York, Amerika Syarikat dengan berpakaian seksi dan apabila menutup aurat badan.

Keputusannya, penampilan seksi dengan skirt mini lebih mendedahkan wanita itu kepada ancaman serangan seksual, manakala jika memakai tudung dan berjubah, golongan lelaki di sekitarnya termasuk bukan Muslim cukup hormat tanpa prasangka. – Agensi

 

Komen


Berita Berkaitan