Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,669

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Mahu Jessica dihukum penjara 20 tahun

10:23am 07/10/2016 Pak Roshan 31 views Global
 JESSICA mendengar pendakwa raya berhujah ketika perbicaraannya di sebuah mahkamah di Jakarta, semalam. - EPA

JESSICA mendengar pendakwa raya berhujah ketika perbicaraannya di sebuah mahkamah di Jakarta, semalam. – EPA

Jakarta: Pendakwa raya memohon mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 20 tahun terhadap seorang wanita yang dituduh membunuh rakannya dengan kopi beracun.

Jessica Kumala Wongso, 27, yang juga warga Australia didakwa membunuh Wayan Mirna Salihin dengan meletak racun sianida ke dalam minuman mangsa di sebuah kedai kopi di Jakarta pada Januari lalu.

Kes berkenaan mendapat liputan meluas media di Indonesia dan Australia sehingga kedai kopi terbabit turut menjadi lokasi tumpuan pengunjung.

Nama Jessica juga digunakan sebagai nama beberapa produk kopi di Indonesia.

Perbicaraan selama beberapa minggu itu juga disiarkan secara langsung oleh stesen televisyen di negara itu.

Pentadbiran Presiden Joko Widodo (Jokowi) juga berjanji kepada Australia bahawa Jessica tidak akan dihukum mati sebagai tukaran untuk mendapatkan kerjasama polis negara itu.

“Pendakwa raya dalam kes ini menuntut panel hakim menjatuhkan hukuman penjara 20 tahun terhadap tertuduh,” kata pendakwa raya, Melanie Wuwung ketika penggulungan di mahkamah lewat semalam.

Peguam Jessica, Otto Hasibuan pula berhujah, tiada bukti menunjukkan wanita itu meletakkan racun dalam kopi rakannya.

“Apa yang dibuktikan oleh pendakwa raya hanya permainan kata-kata.

“Tiada bukti dari kamera keselamatan. Pendakwa raya tiada bukti secara terus atau saksi yang melihat kejadian itu,” tegasnya. – Reuters/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan