Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,697

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Mahu Din diampun cepat

9:33am 05/01/2016 Pak Roshan 4 views Global
DIN Minimi (tengah) berbual dengan penduduk tempatan di Kampung Ladang Baro, Aceh Timur selepas menyerah diri, minggu lalu.

DIN Minimi (tengah) berbual dengan penduduk tempatan di Kampung Ladang Baro, Aceh Timur selepas menyerah diri, minggu lalu.

Jakarta: Ketua Agensi Perisikan Kebangsaan Indonesia, Sutiyoso berkata, dia sudah menghantar surat kepada Presiden Joko Widodo (Jokowi) meminta supaya bekas militan Gerakan Aceh Merdeka Din Minimi yang menyerah diri kepada kerajaan baru-baru ini diampun segera.

Bercakap kepada wartawan di Jakarta, Sutiyoso berkata, dia menghantar surat itu kepada Jokowi semalam dengan harapan Kementerian Kehakiman dan Hak Asasi Manusia akan memproses permohonan pengampunan itu secepat mungkin.

Bekas gabenor Jakarta itu percaya kerajaan akan memberi pengampunan kepada kepada Din.

“Saya perlu memastikan permohonan itu boleh diproses selanjutnya dan kemudian saya memujuk Din menyerah diri. Jika saya tidak pasti, saya tidak akan memujuknya,” kata Sutiyoso.

Dia mengalu-alukan rancangan polis Indonesia untuk mendakwa Din dan pengikutnya atas tuduhan jenayah.

Sementara itu, Menteri Penyelaras Perundangan, Politik dan Hal Ehwal Keselamatan Luhut Pandjaitan berkata, kerajaan perlu mengkaji secara menyeluruh permohonan pengampunan Din dan kumpulannya sebelum membuat keputusan. – Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan