Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Mahkamah tetapkan perbicaraan kes rumah maksiat mulai 19 Februari ini

Dua tertuduh yang hadir ke mahkamah, hari ini. -Gambar Oleh Alex Mairin

Kota Kinabalu: Mahkamah Sesyen menetapkan tarikh 19 hingga 22 Februari depan sebagai tarikh perbicaraan kes dua orang lelaki atas tuduhan mengurus rumah maksiat di sebuah hotel yang menjadi lokasi penemuan sebahagian daripada wang tunai RM14.5 juta oleh Jabatan Imigresen tahun lalu yang dipercayai hasil aktiviti pelacuran.

Penetapan perbicaraan berkenaan keatas kedua-dua tertuduh Tay Tian Chuan, 46 tahun, dan Tay Leong Hee, 53 tahun, yang dituduh melakukan kesalahan itu di Tingkat 2, Hotel Promenade, No.4, Lorong Api-Api 3, Api-Api Centre di sini kira-kira pukul 8.44 malam, 23 November tahun lalu,dilakukan oleh Hakim Mahkamah Sesyen Azreena Aziz.

Azreena dalam pada itu turut menetapkan 7 Februari depan sebagai tarikh pengurusan kes lanjutan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nobert Chin manakala Leong Hee diwakili peguam Datuk Chau Chin Tang manakala Adrian Cham Chee Kong mewakili Tian Chuan.

Pada hari perbicaraan 19 hingga 22 Februari depan, beberapa saksi akan dipanggil untuk membuktikan kes berkenaan.

Terdahulu, dua tertuduh yang diikat jamin RM20,000 setiap seorang pada 29 Disember tahun lalu itu hadir ke Mahkamah Kota Kinabalu hari ini pada jam 10.30 pagi tadi dan beredar tepat jam 11.27 tengah hari.

Mengikut fakta pertuduhan, kedua-dua mereka disyaki menguruskan rumah pelacuran di tingkat dua sebuah hotel di bandar ini dalam serbuan JIM Sabah pada jam 8.44 malam, 23 November lalu.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 373 (1)(a) Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama.

Dalam operasi itu, empat individu termasuk kedua-dua tertuduh yang dipercayai dalang sindiket pelacuran berkenaan ditahan bersama 17 wanita warganegara Filipina yang terlibat dalam aktiviti persundalan di pusat urut tersebut./SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan