Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Mahkamah Syariah kini lebih moden dan dinamik

Musa Aman (kiri) melakukan pecah tanah sebagai simbolik perasmian Majlis Pecah Tanah Mahkamah Syariah Negeri Sabah.
Musa Aman (kiri) melakukan pecah tanah sebagai simbolik perasmian Majlis Pecah Tanah Mahkamah Syariah Negeri Sabah.

KOTA KINABALU – Pembinaan kompleks mahkamah syariah baharu tersebut diharap dapat mengubah persepsi negatif segelintir masyarakat yang beranggapan bahawa Mahkamah Syariah sebagai institusi tradisional, klasik atau tidak setanding dengan Mahkamah Sivil.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, JKSM mahu menzahirkan bahawa Mahkamah Syariah adalah sebuah Institusi Kehakiman Syariah yang maju, moden dan dinamik dari segi pengurusan kes, pentadbiran serta infrastrukturnya demi menegakkan keadilan Islam selain adil, komprehensif serta universal, sesuai sepanjang zaman.

Selain itu jelasnya, dalam era globalisasi, dunia tanpa sempadan dan kedudukan geografi negeri ini berhampiran dengan negara-negara jiran iaitu Brunei Darussalam, Indonesia dan Filipina, sudah tentu berlaku pertembungan budaya, etnik bangsa, anutan agama serta latar belakang pendidikan berbeza.

“Di Sabah sahaja, lebih 30 suku bangsa utama. Ditambah dengan etnik suku bangsa dari Sarawak, suku-suku rumpun Melayu dari Indonesia, Brunei dan Filipina, sudah tentu iklim dan pola budaya hidup, adat istiadat serta kepercayaan masing-masing akan memberi implikasi terhadap pengurusan dan pentadbiran kes-kes.

“Bagi saya, persekitaran budaya seumpama ini adalah lebih mencabar kewibawaan Pegawai Syariah dan Mahkamah Syariah di Sabah,” ujarnya,” katanya kepada pemberita selepas perasmian Majlis Pecah Tanah Kompleks Mahkamah Syariah Sabah, di sini hari ini.

Perasmian majlis pecah tanah itu disempurnkan oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman. Turut hadir ialah Timbalan Ketua Menteri, Datuk Yahya Hussin dan Pembantu Menteri di Jabatan Ketua Menteri, Datuk Mohd. Ariffin Arif.

Teks ucapan  dan Ketua Pengarah, merangkap Ketua Hakim Syarie, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM), Tan Sri Dr. Ibrahim Lembut.

Dalam pada itu, Jamil Khir berkata, Sabah telah mendahului negeri-negeri lain dalam pentadbiran dan pelantikan Pentadbir atau Wasi bagi kes Harta Pusaka orang Islam. Mahkamah Syariah diberi bidangkuasa tersebut dalam Seksyen 11(3)(b)(viii), Enakmen Mahkamah Syariah Sabah, tahun 2004  seiring dengan pemansuhan bidang kuasa hal ehwal faraid dalam Seksyen 9, Enakmen Mahkamah Anak Negeri Sabah, tahun 1992.

Katanya, negeri tersebut turut mendahului negeri-negeri lain apabila Mahkamah Syariah di sini telah mula memutuskan kes-kes anak angkat yang lazimnya diputuskan di Mahkamah Sivil di bawah Seksyen 11(3)(b)(xi), Enakmen Mahkamah Syariah Sabah pada 2004.

“Kedua-dua bidang kuasa tersebut tidak wujud dalam mana-mana Enakmen Syariah di Negeri-negeri Semananjung Malaysia,” katanya. – oleh Sitti Nor Azizah Talata / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan